Skip ke kandungan

Legal

Polisi Privasi

Kemaskini terakhir: 21 Jun 2026

1. Pengenalan

Polisi ini menerangkan macam mana Sebina(“kami”) mengumpul, guna, kongsi dan lindungi maklumat peribadi anda bila anda guna laman web sebina.aidan mengisi borang “Sesi Free 1-on-1”. Dengan menggunakan laman ini, anda bersetuju dengan amalan yang diterangkan di sini, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) Malaysia.

2. Maklumat yang kami kumpul

Bila anda isi borang atau berinteraksi dengan laman kami, kami mungkin kumpul:

  • Maklumat yang anda beri: nama, nombor telefon/WhatsApp, alamat email, dan jenis produk yang anda nak jual.
  • Maklumat teknikal automatik: alamat IP, jenis pelayar (user-agent), dan masa lawatan.
  • Data analitik & tracking melalui cookies (lihat seksyen 4).

3. Macam mana kami guna maklumat anda

  • Untuk menghubungi anda (via WhatsApp/email) dan menyusun sesi 1-on-1 yang anda minta.
  • Untuk menyediakan, menambah baik & menyokong perkhidmatan Sebina.
  • Untuk follow-up jualan dan komunikasi pemasaran berkaitan (anda boleh opt-out bila-bila masa).
  • Untuk mengukur prestasi iklan & laman web (analitik dan tracking konversi).

4. Cookies & teknologi tracking

Kami guna cookies dan tag pihak ketiga untuk memahami trafik & mengukur keberkesanan iklan, termasuk:

  • Google Analytics & Google Ads — untuk analitik dan tracking konversi (cth: bila anda hantar borang). Data dikongsi dalam bentuk yang di-hash bila berkenaan.
  • WhatsApp / Meta — bila anda klik butang WhatsApp, anda akan dibawa ke aplikasi WhatsApp (tertakluk kepada polisi privasi mereka).

Anda boleh halang atau padam cookies melalui tetapan pelayar anda, tetapi sesetengah fungsi laman mungkin terjejas.

5. Perkongsian maklumat

Kami tidak menjual data peribadi anda. Kami hanya kongsi dengan penyedia perkhidmatan yang membantu kami beroperasi, termasuk:

  • Penyedia pangkalan data & hosting (untuk menyimpan lead anda dengan selamat).
  • Penyedia email (untuk menghantar notifikasi).
  • Google (analitik & pengiklanan).
  • Pihak berkuasa, jika dikehendaki oleh undang-undang.

Sesetengah penyedia ini mungkin memproses data di luar Malaysia. Dengan menggunakan laman ini, anda bersetuju dengan pemindahan tersebut dengan perlindungan yang munasabah.

6. Penyimpanan & keselamatan data

Kami menyimpan data anda hanya selagi perlu untuk tujuan di atas, dan mengambil langkah munasabah (kawalan akses, sambungan disulitkan) untuk melindunginya. Tiada sistem 100% selamat, tetapi kami berusaha mengikut amalan industri.

7. Hak anda (PDPA)

Di bawah PDPA, anda berhak untuk:

  • Mengakses & membetulkan data peribadi anda.
  • Menarik balik kebenaran atau berhenti menerima komunikasi pemasaran.
  • Meminta data anda dipadam, tertakluk kepada keperluan undang-undang.

Untuk membuat sebarang permintaan, hubungi kami di hello@sebina.ai.

8. Kanak-kanak

Laman ini ditujukan untuk peniaga dewasa. Kami tidak mengumpul data kanak-kanak di bawah umur 18 tahun dengan sengaja.

9. Perubahan polisi

Kami mungkin mengemas kini polisi ini dari semasa ke semasa. Versi terkini akan sentiasa dipaparkan di halaman ini dengan tarikh kemaskini.

10. Hubungi kami

Sebarang soalan tentang privasi? Hubungi kami: